Follow Jom!

kenangan 2009(akhir tahun)

BERAT GILER BRO~

TGK APE QIQ?

Portugal vs Brasil

DURBAN: Brazil berjaya mempertahankan kedudukan sebagai juara Kumpulan G, ketika mengekang asakan bertali arus Portugal pada separuh masa kedua perlawanan terakhir kumpulan yang berkesudahan 0-0.

CEKAP...Cesar menampan bola sepakan penyerang Portugal, Meireles, malam tadi.

Biarpun Ivory Coast menewaskan Korea Utara 3-0 dalam satu lagi perlawanan, Brazil dan Portugal tetap ke saingan 16 pasukan terbaik.

Biarpun sudah layak selepas dua perlawanan, Brazil tetap mempamer rentak menyerang untuk memastikan mara selaku juara kumpulan.

Cubaan pertama pada minit keenam oleh Dani Alves dari luar kotak penalti tersasar daripada pintu gol Portugal yang dikawal Eduardo.


Rembatan voli Alves dari luar kotak penalti Portugal juga liar biarpun jentera tengah juara lima kali itu berjaya mengatur gerakan cantik. Malah Portugal juga tumpul di bahagian depan biarpun memperoleh dua peluang untuk menghasilkan gol pertama.

Larian menarik Fabio Coentrao dari sayap kiri Portugal hingga dia berjaya menyempurnakan hantaran lintang cantik gagal disudahkan Raul Meireles. Selepas itu voli Tiago dari luar kotak penalti Brazil pula gagal ditujukan ke pintu gol yang dikawal Julio Cesar.

Peluang terbaik Brazil yang mengawal 63 peratus permainan separuh masa pertama hadir pada minit ke-30 apabila Nilmar mudah menolak bola ke gawang Portugal menewaskan Eduardo, tapi bola terkena tiang gol dan melantun keluar. Sejurus selepas itu, Tiago dilayangkan kad kuning selepas sengaja menjatuhkan badan ketika bersaing dengan Gilberto Silva dalam kotak penalti Brazil.


Tandukan Luis Fabiano ketika hanya berdepan Eduardo juga gagal menggegar jaring dan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, tetapi dihiasi tujuh kad kuning dilayangkan pengadil dari Mexico, Benito Archundia.

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
 

KISAH BUANG BAYI

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun. 

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya. 
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je. 
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...? 
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya. 
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu.. 
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid! 
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu! 
Pak Abu: HEHEHEHEHE....