Follow Jom!

Portugal vs Brasil

DURBAN: Brazil berjaya mempertahankan kedudukan sebagai juara Kumpulan G, ketika mengekang asakan bertali arus Portugal pada separuh masa kedua perlawanan terakhir kumpulan yang berkesudahan 0-0.

CEKAP...Cesar menampan bola sepakan penyerang Portugal, Meireles, malam tadi.

Biarpun Ivory Coast menewaskan Korea Utara 3-0 dalam satu lagi perlawanan, Brazil dan Portugal tetap ke saingan 16 pasukan terbaik.

Biarpun sudah layak selepas dua perlawanan, Brazil tetap mempamer rentak menyerang untuk memastikan mara selaku juara kumpulan.

Cubaan pertama pada minit keenam oleh Dani Alves dari luar kotak penalti tersasar daripada pintu gol Portugal yang dikawal Eduardo.


Rembatan voli Alves dari luar kotak penalti Portugal juga liar biarpun jentera tengah juara lima kali itu berjaya mengatur gerakan cantik. Malah Portugal juga tumpul di bahagian depan biarpun memperoleh dua peluang untuk menghasilkan gol pertama.

Larian menarik Fabio Coentrao dari sayap kiri Portugal hingga dia berjaya menyempurnakan hantaran lintang cantik gagal disudahkan Raul Meireles. Selepas itu voli Tiago dari luar kotak penalti Brazil pula gagal ditujukan ke pintu gol yang dikawal Julio Cesar.

Peluang terbaik Brazil yang mengawal 63 peratus permainan separuh masa pertama hadir pada minit ke-30 apabila Nilmar mudah menolak bola ke gawang Portugal menewaskan Eduardo, tapi bola terkena tiang gol dan melantun keluar. Sejurus selepas itu, Tiago dilayangkan kad kuning selepas sengaja menjatuhkan badan ketika bersaing dengan Gilberto Silva dalam kotak penalti Brazil.


Tandukan Luis Fabiano ketika hanya berdepan Eduardo juga gagal menggegar jaring dan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, tetapi dihiasi tujuh kad kuning dilayangkan pengadil dari Mexico, Benito Archundia.

No comments:

Post a Comment