Follow Jom!

Bermain Dengan Cahaya








Location : Jejantas KK4 Universiti Malaysia Pahang
Photo By : Muazzim

Sentuhan Kasih Ramadhan

GENG SUKARELAWAN MUDA TERENGGANU (GSMT)

HEBAHAN JUALAN AMAL PROGRAM ANAK YATIM

Assalamualaikum wbt .

Sukacita dimaklumkan bahawa GSMT akan mengadakan satu program berbuka puasa dan sumbangan Aidilfitri bertemakan 'Sentuhan Kasih Ramadhan' bersama anak-anak yatim daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Masjid al-Muktafi Billah Shah, Ladang pada HARI SABTU, 26 JULAI 2014 .

Sehubungan dengan itu , bagi sesiapa yang berminat, GSMT telah membuka peluang kepada orang ramai untuk berbuat kebaikan di bulan yang mulia ini dengan membeli baucer sumbangan "Sentuhan Kasih Ramadhan".
Orang ramai bolehlah turut serta secara langsung atau tidak langsung dalam majlis berkenaan dengan pembelian baucar rm50, rm100, rm150 setiap seorang.

Pembelian baucar juga bolehlah didapati di Masjid al-Muktafi Billah Shah.

Sebarang pertanyaan/tempahan/sumbangan boleh hubungi :
Fadzlan (0199934604)
Syahida (0105136954)

Semoga segala sumbangan atau pembelian baucer untuk program ini mendapat keredaan Allah dan dinilai tinggi disisiNya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

#GSMT #Memacu #Kegemilangan #Ummah












 Sumber: https://www.facebook.com/gengsukerelaganu

Update TP4G

Bismillah.

Alhamdulillah, untuk pengetahuan semua, jumlah kutipan dana kemanusiaan Gaza semasa program Terengganu Pray For Gaza (TP4G) di Taman Shahbandar pada hari Sabtu baru-baru ini adalah sebanyak RM 22 721.31 (Ringgit Malaysia : dua puluh dua ribu tujuh ratus dua puluh satu dan tiga puluh satu sen). Sumbangan ini akan disalurkan kepada rakyat Palestin melalui Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif Terengganu

Terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan anda semua buat saudara kita di Palestin, Semoga Allah melipat kali gandakan ganjaran buat penyumbang-penyumbang semua pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

sumber : https://www.facebook.com/gengsukerelaganu

Bersama gabungan 3 NGO (GSMT, AQSA SYARIF dan CAKNE!)



                     Sekitar program yang telah dianjurkan oleh 3 badan NGO (GSMT,AQSA SYARIF & CAKNE) pada 19.7.2014 bertempat di dataran shahbandar Kuala Terengganu.Kami mendapat Sambutan yang amat memuaskan oleh rakyat Terengganu. Sikap keperihatinan di tunjukkan oleh mereka dengan ada yang mengikuti program perarakan mengutuk kekejaman Zionis Laknatullah dan sumbangan wang yang diberikan untuk disalurkan kepada rakyat bumi palestin. GSMT juga ada membuka pendaftaran keahlian untuk badan Geng Sukarelawan Muda Terengganu dengan yuran hanya RM5 setahun. Program yang bermula pada jam 4.00ptg dan telah berakhir pada jam 7malam.